Tuesday, March 31, 2009

Bila April..






Ok, this is my first satira..hurmmm..aku tak pasti ini adalah kebetulan atau takdir, pabila aku terjaga dari tidur dan seperti biasa tangan ku dengan automatisnya membuka hi-fi ku untuk halwa telinga ku (hehehe! salah satu tabiat ku klu korang nak tau).

Tetiba "Bila April" alunan Dr. Fazly berkumandang. Hati ku tertanya-tanya kerana selalunya on jer radio, lagu-lagunya memang membuatkan aku terus bangun (terkejut la katakan!). Pepaham jer la kalau lagu ni yang ke udara pepagi (sure korang pernah dengarkan??) membuatkan mataku kembali merayu-rayu untuk kembali ke alam mimpi. Tapi hati batu ku meraung supaya "WAKE UP!!". Aku pun terfikir, hari ini dah masuk bulan April, 1 haribulan. Dan pabila kita bicara mengenai April, secara semulajadinya otak kita akan beri isyarat.."Oh ya ari ni April's Fool!"

Ermm, what is "April Fool"? Aku takkan bagi penerangan kepada sesiapa kerana sesiapa sahaja sudah mengerti akan maknanya kannn?? Tetapi, persoalan di minda aku sekarang, pentingkah ia? Dan, kenapa hanya pada 1st of April jer, individu atau maybe kumpulan tertentu akan mengenakan individu atau kumpulan yang lain? Adakah ini satu budaya sesuatu umat?

Namun, aku ada juga melihat malah pernah juga terlibat dalam "April Fool" ni (masa zaman sekolah ler). Yang pasti bagi aku, ianya mungkin mendatangkan faedah seperti dapat mengeratkan hubungan sesama insan melalui jokes-jokes yang FOOls tu, dapat merapatkan balik hubungan yang maybe agak jauh (yer ker?? aku rasa mcm lagi teruk jer jadinya!) atau mungkin juga ianya boleh mendatangkan bahana dan malapetaka pabila terkena kepada pihak yang tidak boleh hidup dengan gurauan-gurauan (apatah lagi kalau terkena gurauan yang FOOLs ni) langsung boleh menjurus kepada pertengkaran atau pergaduhan yang maha hebat sehingga putus pertalian sesuatu hubungan ("dasyatt!!" pinjam kata-kata Kak Mah).

Jadi terpulang lah kepada anda samada ingin mencuba (bagi 1st timer), meneruskannya (bagi yang dah expert) atau tidak meneruskannya (bagi yang dah bersara) kerana hidup atau lifestyle anda adalah hak anda sendiri dan hanya insan-insan disekeliling anda yang pada hemah saya memahami dan mengerti jiwa anda serta menyayangi diri anda yang sememangnya periang dan penyayang...


Mungkin beberapa aktiviti-aktiviti di bawah boleh menjadi panduan kepada anda...







"Pakcik nak tukar taste la..dah bosan pancing kat kolam!"





"Takpun, boleh gunakan cara ini dan tunjuk kepada bos anda untuk dapatkan leave..."






"Ubah style anda parking kenderaan anda di tempat-tempat awam.."



"Atau, anda boleh ubah cara makeup anda apabila keluar bersiar-siar di tempat awam.."


Tapi, apa yang pasti hari-hari ku tidak akan terlepas daripada melakukan aktiviti seperti di bawah...

"Mandikan dan groomingkan my beloved Miko..hehehe!!"


Pesanan saya, jikalau ingin melakukan sebarang jokes yang FOOls ke atas individu-individu kesayangan anda, jangan melakukannya dengan ganas, keterlaluan dan kekejaman yang mana boleh menyebabkan insan-insan yang terlibat menjadi seperti di bawah...



"Dah tak dapat beza mana satu kerusi yang sebenarnya..."




" Mengalami masalah depressi yang hebat!"

"Kesayangan anda boleh menjadi tidak terkawal..."

Hehehe...sehingga kita berjumpa lagi di lain satira..!

No comments: