There was an error in this gadget

Sunday, February 20, 2011

Gosh

Agak lama aku x jenguk blog aku nih..sejak dah abes belajar beberapa thn lepas aku rasa time nih la br terbuka hati nk bukak balik..

Ermm buat permulaan aku biarkan dulu blog nih seperti sedia kala..Ada masa aku nk "renovate" balik..pic baru perlu ku tukar..InsyaAllah klu diizinkan-Nya..

Wednesday, June 3, 2009

ARGHHHH~!!!!

Hurmm..lama tol aku tak tulis dalam diari online nih..yer lah, macam yang aku cakap dulu, aku prefer old fashion daripada benda2 online nih..huhuhuhu~!!!

Nak mula camna ek..Kalau tengok title..aku ala2 tension jer kan..?? Tapi aku susah nak tunjukkan ketensionan aku kat orang luar especially kepada kawan2 aku..sebab aku jenis yang suka pendam2 kot..bak kata seorang kawan aku..aku ni macam Gunung Berapi Karatoa..sekali meletop abes satu KL nih..huhuhuhu~!!

Tapi, nak kata aku tension sangat pon tak..sebab ada seseorang yang sentiasa buat aku happy jer memanjang..bak kata kawan aku yang satu lagi..aku tak jadik nak marah2 sebab muka dia comey lotey..katanya lah~!! aku tengok biasa2 jer..ops~!!

Bulan 6 ni gak sebenarnya bulan yang agak busy..(hurmm busy2 pon sempat jugak gi clubbing sana sini..) sebab ada projek terbaru yang sedang aku usahakan. Insya-Allah kalau berjaya..Alhamdulillah lah..ada rezeki lebih, aku boleh belanja korang semua..hehehe~!!

Aku rasa setakat ini dulu kot aku merepek dalam diari yang satu nih..sebab kepala aku sebenarnya masih pening2 lalat gara2 ting tong over semalam..

Wednesday, April 1, 2009

AkU SEDIH...




Aku sedih...

Aku sedih...

Aku sedih...

Aku sedih...

Aku sedih...

Aku sedih...


Huhuhu entah kenapa la mood aku tak berapa betul sejak bangun pepagi buta tadi..mungkin sebab hujan lebat sangat kot..!!



Tuesday, March 31, 2009

Bila April..






Ok, this is my first satira..hurmmm..aku tak pasti ini adalah kebetulan atau takdir, pabila aku terjaga dari tidur dan seperti biasa tangan ku dengan automatisnya membuka hi-fi ku untuk halwa telinga ku (hehehe! salah satu tabiat ku klu korang nak tau).

Tetiba "Bila April" alunan Dr. Fazly berkumandang. Hati ku tertanya-tanya kerana selalunya on jer radio, lagu-lagunya memang membuatkan aku terus bangun (terkejut la katakan!). Pepaham jer la kalau lagu ni yang ke udara pepagi (sure korang pernah dengarkan??) membuatkan mataku kembali merayu-rayu untuk kembali ke alam mimpi. Tapi hati batu ku meraung supaya "WAKE UP!!". Aku pun terfikir, hari ini dah masuk bulan April, 1 haribulan. Dan pabila kita bicara mengenai April, secara semulajadinya otak kita akan beri isyarat.."Oh ya ari ni April's Fool!"

Ermm, what is "April Fool"? Aku takkan bagi penerangan kepada sesiapa kerana sesiapa sahaja sudah mengerti akan maknanya kannn?? Tetapi, persoalan di minda aku sekarang, pentingkah ia? Dan, kenapa hanya pada 1st of April jer, individu atau maybe kumpulan tertentu akan mengenakan individu atau kumpulan yang lain? Adakah ini satu budaya sesuatu umat?

Namun, aku ada juga melihat malah pernah juga terlibat dalam "April Fool" ni (masa zaman sekolah ler). Yang pasti bagi aku, ianya mungkin mendatangkan faedah seperti dapat mengeratkan hubungan sesama insan melalui jokes-jokes yang FOOls tu, dapat merapatkan balik hubungan yang maybe agak jauh (yer ker?? aku rasa mcm lagi teruk jer jadinya!) atau mungkin juga ianya boleh mendatangkan bahana dan malapetaka pabila terkena kepada pihak yang tidak boleh hidup dengan gurauan-gurauan (apatah lagi kalau terkena gurauan yang FOOLs ni) langsung boleh menjurus kepada pertengkaran atau pergaduhan yang maha hebat sehingga putus pertalian sesuatu hubungan ("dasyatt!!" pinjam kata-kata Kak Mah).

Jadi terpulang lah kepada anda samada ingin mencuba (bagi 1st timer), meneruskannya (bagi yang dah expert) atau tidak meneruskannya (bagi yang dah bersara) kerana hidup atau lifestyle anda adalah hak anda sendiri dan hanya insan-insan disekeliling anda yang pada hemah saya memahami dan mengerti jiwa anda serta menyayangi diri anda yang sememangnya periang dan penyayang...


Mungkin beberapa aktiviti-aktiviti di bawah boleh menjadi panduan kepada anda...







"Pakcik nak tukar taste la..dah bosan pancing kat kolam!"





"Takpun, boleh gunakan cara ini dan tunjuk kepada bos anda untuk dapatkan leave..."






"Ubah style anda parking kenderaan anda di tempat-tempat awam.."



"Atau, anda boleh ubah cara makeup anda apabila keluar bersiar-siar di tempat awam.."


Tapi, apa yang pasti hari-hari ku tidak akan terlepas daripada melakukan aktiviti seperti di bawah...

"Mandikan dan groomingkan my beloved Miko..hehehe!!"


Pesanan saya, jikalau ingin melakukan sebarang jokes yang FOOls ke atas individu-individu kesayangan anda, jangan melakukannya dengan ganas, keterlaluan dan kekejaman yang mana boleh menyebabkan insan-insan yang terlibat menjadi seperti di bawah...



"Dah tak dapat beza mana satu kerusi yang sebenarnya..."




" Mengalami masalah depressi yang hebat!"

"Kesayangan anda boleh menjadi tidak terkawal..."

Hehehe...sehingga kita berjumpa lagi di lain satira..!

Monday, March 30, 2009

Lalu..Di Detik Ini...

Tiada apa yang mampu ku gambarkan perasaaan ku di kala aku memutuskan untuk menghasilkan sesuatu yang sememangnya tiada langsung lintasan di fikiran ku, sesuatu yang mungkin akan mengubah corak kehidupan ku secara langsung atau tak...

Blog...ermm harus ku akui di zaman serba-serbi ni benda alah ini langsung tidak ku hiraukan walau berjuta umat sibuk melaungkan "Blog! Blog! Blog!!". Setiap insan perlu ada malah sesetengah daripada mereka seperti mewajibkan benda alah ini. Katanya di zaman di mana teknologi adalah segalanya, maka perlu ada perubahan hidup...kannn? Tapi, di zaman yang serba-serbi ini juga la aku buat-buat tidak mengerti akan kewujudan blog ni kerana konservatifku, kerana bagiku diari adalah lebih memahami empunya diri. Alkaedahnya, pengalaman indah perit merih ku tidak harus dikongsi dengan teman-teman sekalian. Hanya aku sahaja...

Sehinggalah di saat ini, di ketika ini, di waktu ini aku mendapat cahaya (Wahh gitu!!) untuk melupuskan konservatifku yang selama ini kukuh mengunci hati ku daripada melihat dan bergaul dengan alam maya..atau lebih dekat, alam cyber (not Cyberjaya k!). Dan, akhirnya berkat daripada kesungguhan diriku (ops puji diri!) melalui hasil pemerhatian ku terhadap blog-blog teman-teman terdekat, "Dunia..Inilah Aku.." dilahirkan dengan penuh rasa bangga, terharu dan melara (dah start merepek!).

Jadi, di detik ini, aku ingin memberi sepenuh penghargaan kepada teman-teman ku yg secara langsung atau tak, telah mendorong ku untuk terlibat sama seperti apa yang anda semua telah buat (bak kata pepatah,"ingat aku xleh buat apa yg korang buat?"). Aku berterima kasih kepada insan-insan ini kerana melalui entry-entry mereka lah panduan hidup ku sedikit terurus oleh madah-madah semangat, kritikan, kutukan,dan pujian mereka menjentik hati ku agar senantiasa melalui liku-liku fana yang penuh dugaan dan cabaran ini. Oh ya, mesti tertanya-tanya siapakah teman-teman ituu.?? Oh no..no..tidak akan ku sebut kerana biarlah Dia yang mengetahui betapa aku sangat-sangat menghargai dan bersyukur dapat mengenali mereka ini semua...Amin..

Di akhir nukilan ini, maka dengan kalimah Bismillahirahmanirrahim.."Dunia...Inilah Aku" telah bersedia untuk bertemu dengan semua insan-insan di alam maya (cyber) dan berkongsi suka duka bersama. Diharap satira-satira ku di masa akan datang bakal memberikan sesuatu terhadap anda semua biarpun hanya sekelumit jua. Diharap agar bimbingan, dorongan dan idea-idea korang tidak akan tersekat sampai ke hujung nyawa. Diharap jua melalui blog ini aku akan mengumpul lebih ramai lagi teman-teman memeriahkan warna-warna hidupku...


Wasalam...