Monday, March 30, 2009

Lalu..Di Detik Ini...

Tiada apa yang mampu ku gambarkan perasaaan ku di kala aku memutuskan untuk menghasilkan sesuatu yang sememangnya tiada langsung lintasan di fikiran ku, sesuatu yang mungkin akan mengubah corak kehidupan ku secara langsung atau tak...

Blog...ermm harus ku akui di zaman serba-serbi ni benda alah ini langsung tidak ku hiraukan walau berjuta umat sibuk melaungkan "Blog! Blog! Blog!!". Setiap insan perlu ada malah sesetengah daripada mereka seperti mewajibkan benda alah ini. Katanya di zaman di mana teknologi adalah segalanya, maka perlu ada perubahan hidup...kannn? Tapi, di zaman yang serba-serbi ini juga la aku buat-buat tidak mengerti akan kewujudan blog ni kerana konservatifku, kerana bagiku diari adalah lebih memahami empunya diri. Alkaedahnya, pengalaman indah perit merih ku tidak harus dikongsi dengan teman-teman sekalian. Hanya aku sahaja...

Sehinggalah di saat ini, di ketika ini, di waktu ini aku mendapat cahaya (Wahh gitu!!) untuk melupuskan konservatifku yang selama ini kukuh mengunci hati ku daripada melihat dan bergaul dengan alam maya..atau lebih dekat, alam cyber (not Cyberjaya k!). Dan, akhirnya berkat daripada kesungguhan diriku (ops puji diri!) melalui hasil pemerhatian ku terhadap blog-blog teman-teman terdekat, "Dunia..Inilah Aku.." dilahirkan dengan penuh rasa bangga, terharu dan melara (dah start merepek!).

Jadi, di detik ini, aku ingin memberi sepenuh penghargaan kepada teman-teman ku yg secara langsung atau tak, telah mendorong ku untuk terlibat sama seperti apa yang anda semua telah buat (bak kata pepatah,"ingat aku xleh buat apa yg korang buat?"). Aku berterima kasih kepada insan-insan ini kerana melalui entry-entry mereka lah panduan hidup ku sedikit terurus oleh madah-madah semangat, kritikan, kutukan,dan pujian mereka menjentik hati ku agar senantiasa melalui liku-liku fana yang penuh dugaan dan cabaran ini. Oh ya, mesti tertanya-tanya siapakah teman-teman ituu.?? Oh no..no..tidak akan ku sebut kerana biarlah Dia yang mengetahui betapa aku sangat-sangat menghargai dan bersyukur dapat mengenali mereka ini semua...Amin..

Di akhir nukilan ini, maka dengan kalimah Bismillahirahmanirrahim.."Dunia...Inilah Aku" telah bersedia untuk bertemu dengan semua insan-insan di alam maya (cyber) dan berkongsi suka duka bersama. Diharap satira-satira ku di masa akan datang bakal memberikan sesuatu terhadap anda semua biarpun hanya sekelumit jua. Diharap agar bimbingan, dorongan dan idea-idea korang tidak akan tersekat sampai ke hujung nyawa. Diharap jua melalui blog ini aku akan mengumpul lebih ramai lagi teman-teman memeriahkan warna-warna hidupku...


Wasalam...

No comments: